BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 8 May 2011

CHE NGAH IBRAHIM

Pada 8hb Mei 2011 yang lalu Saya bersama bebarapa ahli pahat beserta Pengasas PAHAT Encik Zainal Al Johan (Pengkaji Sejarah Tanah Melayu) berkunjung ke Negeri Perak Darul Ridzuan menyulusuri tinggalan sejarah bangsa Melayu. Kami sempat singgah ke beberapa tempat antaranya Kediaman Orang Kaya Ngah Ibrahim.Kami juga dapat merakamkan peristiwa peristiwa lampau yang dilalui Ngah Ibrahim dan apa yang berlaku sekitar waktu itu di Larut.Sebelum, itu sekadar renungan dan pengenalan kepada siapa dia Orang Kaya Ngah Ibrahim


Che Ngah Ibrahim adalah anak kepada Che Long Jaafar yang memerintah daerah Larut.
Beliau mewarisi pusaka kekayaan bapanya di bumi Larut.Bagi melindunginya beliau
mendirikan sebuah rumah besar yang dilengkapi kota dikenali sebagai Kota ngah Ibrahim.
Beliau membawa masuk buruh dari China untuk bekerja di lombong bijihnya sehingga
wujudnya kumpulan kongsi gelap.Pergolakkan yang berlaku akhirnya mencetuskan Perang larut pertama (1861-1862) di anatara Ghee Hin dan Hai San.
    Perang Larut menyebabkan kerugian yang banyak.Oleh itu , Sultan Jaafar Muazzam Shah melalui Laksamana Muhammad Amin, mentua Che Ngah Ibrahim memerintahkan Ngah Ibrahim membayar ganti rugi peperangan sebanyak $17,447.04. Sebagai balasannya,Sultan Jaafar Muazzam Shah mengurniakan gelaran Orang Kaya Menteri kepada Che Ngah Ibrahim pada tahun 1864.Pada tahun 1865-1874, satu lagi pergaduhan berlaku di Matang.Bagi menyelesaikan pertelingkahan itu. Tengku Menteri Ngah Ibrahim dan puak Ghee Hin meminta bantuan daripada Sir Henry Ord Di Singapura dan Lt Gabenor George W.R Cambell di Pulau Pinang.Pada 20 Januari 1874,Inggeris mula campur tangan di Tanah Melayu setelah termetrainya Perjanjian Pangkor


Ini adalah Keadaan terkini peninggalan rumah Orang Kaya Ngah Ibrahim.Rumah ini sudah dibaik pulih tetapi tetap dipelihara keaslian pada setiap stuktur asas bangunan.
Pandangan Hadapan Kediaman Ngah Ibrahim


Pandangan Sisi Kediaman Ngah Ibrahim
Berikut adalah paparan kediaman Orang Kaya Ngah Ibrahim sebelum di baik pulih


Sebaik saja berada di pintu pagar kediaman Ngah Ibrahim kita dapat menyaksikan tinggalan sejarah semasa pendudukan jepun di Larut.Kapal terbang Jepun telah melanggar tembok pada rumah Ngah Ibrahim..




Sebaik saja melangkah masuk kedalam kediaman Ngah Ibrahim kami dapat menyaksikan replika seekor gajah dah beberapa patung orang yang menceritakan bagaimana Larut mendapat nama nya dan terjumpa nya bijih timah.Larut merupa nama bagi gajah peliharaan Ngah Ibrahim.Sewaktu gajah ini berkubang, terlekat pada nya serpihan bijih timah pada badan dan kaki gajah tersebut. Sejak dari peristiwa itulah tempat ini diberi nama sebagai Larut,sempena nama gajah yang menemukan bijih timah yang sangat berharga pada waktu itu. dan bermula la dari saat itu lah Larut terkenal sebagai kawasan yang kaya dengan bijih timah.


Berikut beberapa replika menggambarkan keadaan semasa zaman Ngah Ibrahim bersama pekerja buruh dari cina.



Rumah Ngah Ibrahim mempunyai 2 tingkat banggunan.Pada bahagian bawah nya terdapat beberapa pecahan ,antaranya seperti gambar dibawah




Serpihan bangkai pesawat Jepun yang melanggar temboh rumah Ngah Ibrahim


Di bahagian bawah rumah Ngah Ibrahim juga terdapat Penjara yang di gunakan penjajah inggeris untuk memenjarakan pejuang - pejuang Melayu yang menentang pemerintahan inggeris.Dato Maharaja Lela dan pengikutnya seperti Dato Sago ,Pandak Indut,Ngah Jabor, Panjang Bur, Kulub Ali , Si Tuah  dan Che Mah yang terbabit dalam pembunuhan Residen Inggeris yang pertama iaitu J.W.W Birch di Pasir Salak Perak.Mereka dipenjarakan dirumah ini sementara menunggu hari perbicaraan.




Berikut antara wajah-wajah pahlawan melayu yang menentang penjajah di Larut Perak

Dato Sagor

Ngah Ibrahim

Dato Seri Maharaja Lela

Pandak Indut

Che Long Jaafar


Kami juga mengunjungi pusara Ngah Ibrahim yang terletak didalam kawasan halaman rumah nya sendiri.Hanya Doa sebagai hadiah buat Orang Kaya Ngah Ibrahim dapat kami berikan dalam ruang masa yang cukup singkat mengenali watak-watak penting dalam Tanah Melayu.Buat perjuang perjuang yang sama berjuang sekalung Al Fatiha buat mu. Al Fatiha..




Sekadar bergambar kenangan penulis bersama rakan PAHAT berserta Pengkaji Sejarah Terkemuka Tanah Melayu En Zainal Al Johan.



Apa yang dipaparkan adalah untuk dikongsi bersama anak-anak Melayu ditanah bertuah ini.Ingatlah Bangsa Melayu, dulunya bangsa yang gagah dan berilmu.Kita dulunya tuan pada Tanah Melayu ini.Dulunya bumi bertuah ini ada nya perjuang yang sanggup bermati-matian mempertahan kan hak dan agama nya demi tanah air tercinta.
Apakah kita pewaris MELAYU yang sebenar.... Tepuk dada dan bertanya lah pada diri sendiri. Ikuti perjalanan dan pencarian PAHAT yang seterusnya..





0 ulasan: